Setiausaha Agung Pemuda MCA, Saw Yee Fung, berkata langkah itu berisiko menambah tekanan kepada pelajar, ibu bapa dan guru.Menurutnya, pemansuhan UPSR dan PT3 pada 2021 dan 2022 dibuat dengan menggantikannya kepada Pentaksiran Berasaskan Sekolah (PBS), namun keputusan untuk menilai semula peperiksaan itu dalam tempoh singkat menimbulkan kekeliruan.
Pelajar tidak seharusnya dijadikan ‘tikus makmal’ akibat perubahan dasar yang kerap.Yee Fung turut menggesa Kementerian Pendidikan Malaysia menetapkan hala tuju yang lebih konsisten, sambil menegaskan keberkesanan PBS wajar dinilai sepenuhnya sekurang-kurangnya selepas satu kitaran pendidikan lengkap sebelum sebarang perubahan dibuat.Sumber: Sinar Harian

Leave a Reply