Menteri Besar Selangor menepis dakwaan berhubung isu penternakan babi di negeri itu yang disifatkan sebagai dibesar-besarkan serta tidak tepat dari segi fakta.

Menurutnya, terdapat laporan tertentu yang menggambarkan seolah-olah kerajaan negeri mahu mewujudkan hab ladang babi berskala besar.Hakikatnya, jelas beliau, langkah yang dibincangkan hanyalah untuk mengurangkan ladang yang bertaburan dan menyusun semula operasi ke satu pusat yang lebih terkawal dari segi pengurusan dan pemantauan.

Pendekatan itu bertujuan menangani isu kebersihan serta kesan terhadap penduduk setempat.Beliau turut menafikan dakwaan Selangor merancang untuk mengeksport daging babi, sambil memaklumkan populasi ternakan di negeri itu sudah dikurangkan daripada sekitar 250,000 kepada kira-kira 100,000 ekor, jumlah yang hanya mencukupi sekitar 30 peratus keperluan penggunaan semasa.Sumber: New Straits TimesGambar: The Star

🔗 Source: https://www.facebook.com/share/1bCREdqBTK/

Comments

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *