Pencarian seorang lelaki yang terputus hubungan selama 11 tahun berakhir dengan suasana pilu apabila dia sempat pulang untuk menatap jenazah ibunya buat kali terakhir semalam.

Firdaus Md Yusuff, 49, tiba di rumah kakaknya di Sungai Petani kira-kira tiga jam selepas ibunya, Shaarom Bee Babjan, 80, menghembuskan nafas terakhir.Kepulangan Firdaus berjaya dikesan selepas rayuan pencarian keluarganya tular di media sosial dan laporan akhbar baru-baru ini.

Walaupun hasrat arwah ibu untuk bertemu ketika masih hayat tidak kesampaian, kehadiran Firdaus sebelum urusan pengebumian selesai membawa sedikit kelegaan kepada keluarga yang sekian lama terpisah akibat salah faham.Sumber: Berita HarianGambar Hiasan

🔗 Source: https://www.facebook.com/share/1FFGgM7PXY/

Comments

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *