Seorang bayi berusia satu bulan setengah di India berdepan detik cemas apabila ibu jarinya terpotong secara tidak sengaja oleh seorang jururawat ketika proses membuka pita pelekat tiub intravena (IV).

Kejadian berlaku di Hospital Kerajaan Maharaja Yashwantrao (MYH), Madhya Pradesh, semasa mangsa sedang menerima rawatan akibat radang paru-paru.Susulan insiden tersebut, mangsa segera menjalani pembedahan kecemasan oleh pakar bedah plastik yang berjaya menyambung semula jari yang terputus.

Keadaan bayi dilaporkan stabil namun masih di bawah pemantauan rapi.

Pihak hospital telah mengambil tindakan tegas dengan menggantung tugas jururawat terlibat dan menahan gaji tiga kakitangan lain, selain memulakan siasatan dalaman bagi mengenal pasti punca kecuaian tersebut.

Sumber: Sinar HarianGambar Hiasan

🔗 Source: https://www.facebook.com/share/1ZBf15pY8k/

Comments

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *