‘Sungai Kedondong kawasan larangan aktiviti riadah’ – Bomba KKB

Balai Bomba dan Penyelamat Kuala Kubu Bharu mengeluarkan amaran keras kepada orang awam susulan kejadian lemas membabitkan seorang lelaki berusia lingkungan 20-an di kawasan Sungai Kedondong.

Mangsa dilaporkan lemas selepas cuba menyelamatkan seorang pengunjung lain dan disahkan meninggal dunia di lokasi oleh pihak Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM).

Menurut pihak bomba, kawasan Sungai Kedondong adalah kawasan larangan aktiviti riadah sebagaimana arahan rasmi Jabatan Perhutanan, namun masih ada pengunjung yang degil dan mengabaikan amaran keselamatan. Insiden ini dianggap bukan sekadar kemalangan, tetapi berpunca daripada kegagalan mematuhi peraturan dan kurangnya kesedaran keselamatan.

“Kejadian ini menunjukkan bahawa tindakan tidak bertanggungjawab bukan sahaja membahayakan diri sendiri, malah menyukarkan tugas pasukan penyelamat dan boleh mengorbankan nyawa orang lain,” katanya dalam satu kenyataan.

Dalam pada itu, pihak bomba memaklumkan kawasan itu ditutup sepenuhnya kepada orang awam bermula 17 November 2025 hingga 31 Januari 2026 dan sebarang pencerobohan membawa risiko tinggi serta boleh dikenakan tindakan undang-undang.

“Jangan tunggu sehingga nyawa melayang baru mahu patuh. Keselamatan bukan pilihan, ia satu kewajipan,” katanya.

🔗 Source: https://thereporter.my/sungai-kedondong-kawasan-larangan-aktiviti-riadah-bomba-kkb/

Comments

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *