KUALA LUMPUR 14 Jan โ Seorang bayi lelaki berusia tiga bulan disahkan mengalami patah tulang paha kiri selepas dibawa mendapatkan rawatan di Hospital Ampang, Khamis lalu.
Bayi berkenaan sebelum itu dihantar ke rumah pengasuh di sebuah kediaman di Taman Koperasi Polis, di sini, sebelum dibawa pulang oleh ibu bapanya yang mendapati mangsa menangis tanpa henti.
Pemeriksaan doktor mengesahkan terdapat pembengkakan pada paha kiri bayi berkenaan, sekali gus membawa kepada laporan polis dibuat.
Ketua Polis Kuala Lumpur, Datuk Fadil Marsus berkata, laporan diterima pada jam 2.38 petang Jumaat lalu selepas doktor merawat mangsa mengesan kecederaan tersebut.
โLaporan polis dibuat oleh doktor berusia 27 tahun selepas bayi itu dirujuk ke Hospital Ampang dan disahkan mengalami patah tulang paha kiri,โ katanya dalam kenyataan hari ini.
Menurutnya, setakat ini tiada sebarang tangkapan dilakukan dan kes disiasat mengikut Seksyen 31(1)(a) Akta Kanak-Kanak 2001.
๐ Source: https://www.mediatelus.com/detail/13582

Leave a Reply