Panel tiga hakim yang dipengerusikan Datuk Azimah Omar sebulat suara membenarkan rayuan Ahli Parlimen Segambut itu berhubung kenyataan yang dibuat Musa dalam satu forum di Universiti Teknologi MARA pada 2020.
Mahkamah turut mengarahkan Musa membayar ganti rugi RM250,000 serta kos RM60,000 kepada Hannah.Saman itu difailkan susulan dakwaan Hannah bahawa Musa menuduh beliau menulis buku Becoming Hannah dengan agenda menjadikan Malaysia negara Kristian, mempunyai hubungan dengan mubaligh Kristian dan Yahudi, serta mengutamakan kepentingan peribadi berbanding negara, yang didakwa bersifat fitnah dan menjejaskan reputasinya.Sumber: Harian MetroGambar: The Edge Malaysia / Utusan Online

Leave a Reply