Presiden BERSATU, Tan Sri Muhyiddin Yassin, menafikan sekeras-kerasnya dakwaan bahawa partinya mengkhianati PAS sehingga mencetuskan krisis pelantikan Menteri Besar di Perlis.

Beliau menegaskan bahawa BERSATU tidak mempunyai sebarang agenda untuk mensabotaj rakan komponen mereka dalam Perikatan Nasional (PN), sebaliknya menyifatkan pertukaran kepimpinan tersebut sebagai menghormati kuasa mutlak Raja Perlis.Isu ini timbul susulan peletakan jawatan Mohd Shukri Ramli (PAS) selepas lapan ADUN dilaporkan menarik sokongan terhadap beliau, satu tindakan yang sebelum ini dilabel oleh pimpinan PAS sebagai satu bentuk pengkhianatan.

Walau bagaimanapun, Muhyiddin menjelaskan bahawa keputusan itu dibuat sepenuhnya di peringkat negeri tanpa penglibatan beliau secara peribadi, sekaligus menolak dakwaan berlaku keretakan serius dalam hubungan BERSATU-PAS.Sumber: Harian MetroGambar: FB Muhyidin Yasin

🔗 Source: https://www.facebook.com/share/15XNnZZAbBR/

Comments

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *