Agus Saputra, seorang guru SMK di Jambi, Indonesia, terlibat dalam insiden kekecohan dengan beberapa pelajarnya ketika waktu pembelajaran pada Selasa selepas beliau menegur pelajar yang menjerit menggunakan kata-kata kesat di dalam kelas.

Menurut Agus, keadaan menjadi tegang apabila pelajar terbabit enggan mengaku dan bertindak mencabarnya, sebelum beliau bertindak menampar pelajar itu sebagai reaksi spontan untuk mendisiplinkan.

Pelajar bagaimanapun mendakwa guru itu mengeluarkan kata-kata menghina dengan menyebut mereka “miskin”, dakwaan yang dinafikan Agus dan dijelaskannya sebagai nasihat berbentuk motivasi.Cubaan menyelesaikan isu melalui perbincangan gagal sebelum Agus dilaporkan dibelasah sekumpulan pelajar ketika menuju ke bilik guru sehingga mengalami kecederaan.

Kekecohan berlarutan hingga ke petang termasuk kejadian baling batu, manakala Agus menjelaskan beliau hanya mengacukan dua bilah sabit sebagai ugutan supaya pelajar bersurai.

Kes itu telah dilaporkan kepada Jabatan Pendidikan Kerajaan wilayah di Indonesia untuk tindakan lanjut.

– Agensi

🔗 Source: https://www.facebook.com/share/1CjHTVGYEj/

Comments

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *