Dalam kes bersejarah ini, Gambia mendakwa Myanmar secara sistematik melakukan keganasan melampau termasuk pembunuhan beramai-ramai bagi memusnahkan minoriti Muslim tersebut, terutamanya susulan operasi ketenteraan tahun 2017 yang memaksa lebih 730,000 orang melarikan diri ke Bangladesh.Keputusan perbicaraan ini dianggap sangat kritikal kerana ia bukan sahaja menentukan nasib keadilan buat etnik Rohingya, malah dijangka bakal memberi impak besar kepada kes genosid lain di peringkat antarabangsa, termasuk tuntutan Afrika Selatan terhadap Israel.
Myanmar dijadualkan memberi maklum balas terhadap hujah-hujah ini pada 16 Januari depan dalam perbicaraan yang dijangka berlangsung selama tiga minggu.Sumber: Sinar HarianGambar: BBC

Leave a Reply