Garuda Indonesia nafi rekrut wanita menyamar pramugari Batik Air

Garuda Indonesia menafikan dakwaan kononnya syarikat penerbangan nasional itu merekrut seorang wanita yang menyamar sebagai pramugari Batik Air, selepas isu berkenaan tular di media sosial.

Menurut Garuda Indonesia, dakwaan tersebut sama sekali tidak benar. Ketua Komunikasi Korporatnya, Dicky Irchamsyah, menjelaskan gambar yang tersebar luas di media sosial adalah hasil manipulasi teknologi kecerdasan buatan (AI) dan disebarkan oleh pihak tidak bertanggungjawab.

Beliau turut menegaskan, setakat ini Garuda Indonesia belum membuka sebarang pengambilan awak kabin dan semua maklumat rasmi berkaitan kerjaya hanya disalurkan melalui laman web rasmi syarikat.

Orang ramai diingatkan supaya tidak mudah percaya dan sentiasa membuat semakan sebelum berkongsi sebarang maklumat.

🔗 Source: https://thereporter.my/garuda-indonesia-nafi-rekrut-wanita-menyamar-pramugari/

Comments

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *