Dalam hantaran tersebut, Khoo menulis: “Patah tumbuh hilang berganti, pasang surut lumrah duniawi.
Terima kasih kepada Dr Akmal atas perkhidmatan beliau sebagai EXCO.
Selamat maju jaya dalam urusan masing-masing.” Kenyataan ringkas itu tidak menyebut mana-mana pihak lain, namun dilihat sebagai reaksi berlapik terhadap perkembangan politik terbaharu di Melaka.Nada simbolik dan penggunaan peribahasa berkenaan mencetuskan pelbagai tafsiran dalam kalangan warganet, khususnya susulan ketegangan sebelum ini membabitkan pendirian Akmal terhadap kedudukan rakan sekutu dalam kerajaan negeri.Sumber: FB Khoo Poay Tiong

Leave a Reply