Operasi yang turut melibatkan Jabatan Agama Islam Melaka (JAIM) itu mendapati premis dalam keadaan tidak berkunci dan terdapat bukti aktiviti tidak bermoral di dalam salah sebuah bilik, manakala pihak pengurusan hotel pula gagal menghadirkan diri untuk memberi kerjasama.Susulan itu, MPHTJ telah merampas lesen perniagaan hotel berkenaan untuk tindakan penguatkuasaan lanjut di bawah undang-undang kecil pelesenan yang melarang sebarang promosi aktiviti tidak bermoral.
Isu ini mula mendapat perhatian umum selepas seorang pendakwah bebas mempersoalkan penggunaan label “friendly” bagi menormalisasikan gaya hidup LGBT dalam strategi penjenamaan perniagaan, sehingga mencetuskan perdebatan hangat mengenai sensitiviti agama dan budaya di negara ini.
Sumber: Malaysia GazetteGambar Hiasan

Leave a Reply