Rakan artisnya, Anne Abdullah, memaklumkan Nadia sempat menghantar mesej kepada suaminya sebaik tiba di Jeddah untuk memaklumkan dia selamat.
Namun, Nadia dilaporkan tidak menaiki penerbangan seterusnya ke London seperti dijadualkan, selain tidak membuat daftar masuk ke penerbangan berkenaan.Menurut Anne, mesej terakhir Nadia kepada suaminya berbunyi “I met stranger” sebelum terus terputus hubungan.
Telefon bimbitnya masih dikesan berada di Jeddah, manakala panggilan dan mesej tidak dijawab sehingga kini.
Beberapa kenalan di sana turut dihubungi bagi membantu usaha mengesan pelakon berkenaan.Sumber: mStar, Awani

Leave a Reply