KUALA LUMPUR 16 Jan – Bekas Naib Ketua Pemuda UMNO, Shahril Hamdan menegaskan beliau tidak berhasrat untuk kembali aktif dalam politik sebagai sebahagian daripada barisan hadapan dalam masa terdekat.
Shahril yang juga bekas Ketua Penerangan UMNO berkata, pendiriannya itu berbeza dengan bekas Ketua Pemuda UMNO, Khairy Jamaluddin, dan kekal konsisten seperti yang sering dinyatakan dalam program audio siarnya, Keluar Sekejap.
Menurut beliau, penglibatan dalam politik perlu selari dengan keadaan semasa serta kemampuan diri, termasuk dari segi kemahiran dan kebijaksanaan yang boleh disumbangkan.
“Saya kena sesuai dengan situasi, dan situasi kena sesuai dengan saya. Kalau sama sahaja dan saya pun sama tanpa kemahiran atau kebijaksanaan baharu, tiada guna juga,” katanya menerusi satu perkongsian di media sosial.
Beliau turut menjelaskan kemungkinan untuk kembali menyumbang dalam kapasiti berbeza tidak boleh ditolak sepenuhnya, namun ia bukan sesuatu yang akan berlaku dalam masa terdekat.
“Mungkin suatu hari nanti, mungkin dalam kapasiti berbeza, tetapi bukan sekarang atau mungkin tidak langsung. Hanya Allah yang tahu,” katanya.
🔗 Source: https://www.mediatelus.com/detail/13617

Leave a Reply