Fenomena ini berlaku kerana individu di aras tinggi melihat matahari terbit lebih awal dan terbenam lebih lewat berbanding mereka di aras tanah.
Secara teknikal, ia melibatkan pelarasan waktu Maghrib (lebih lewat) dan Syuruk (lebih awal) mengikut ketinggian meter sesuatu bangunan atau kawasan tanah tinggi.Sebagai contoh, bagi bangunan yang melebihi 400 meter seperti tingkat 76 ke atas di KLCC, waktu Maghrib adalah 3 minit lebih lewat daripada azan di bawah.
Garis panduan menunjukkan pelarasan antara 1 hingga 4 minit bergantung kepada ketinggian kediaman anda.
Perkara ini sangat kritikal bagi urusan ibadah dan berbuka puasa, di mana penghuni tingkat tinggi wajib menunggu tambahan minit tersebut sebelum boleh memulakan iftar bagi memastikan puasa mereka sah mengikut hukum syarak.Sumber: Threads @yellosuwan, FB Dari Meja Mufti (DMM)Gambar Hiasan

Leave a Reply