Seorang ibu di Thailand menuntut keadilan bagi anaknya yang menghidap autisme selepas kanak-kanak berusia 12 tahun itu didakwa menjadi mangsa penderaan kejam oleh seorang guru wanita.

Mangsa bukan sahaja dikurung di dalam loker selama hampir sejam, malah kakinya turut ditoreh menggunakan pembaris tajam sehingga menyebabkan kecederaan fizikal dan trauma emosi yang mendalam.Kejadian yang berlaku di sebuah sekolah di daerah Bang Bua Thong ini terbongkar selepas si ibu menyedari perubahan tingkah laku anaknya yang sering menangis serta menulis perkataan “loker” dan “sedih” secara berulang kali.

Walaupun rakaman CCTV menunjukkan perbezaan ketara pada keadaan fizikal mangsa sebelum dan selepas keluar dari bilik darjah, guru terbabit menafikan semua dakwaan manakala pihak polis menegaskan bahawa siasatan masih sedang dijalankan bagi menyoal siasat saksi-saksi terlibat.Sumber: Sinar HarianGambar Hiasan

🔗 Source: https://www.facebook.com/share/171GMSBzYi/

Comments

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *