Beliau kagum dengan tahap disiplin simpanan di Malaysia yang mewajibkan caruman kira-kira 24 peratus daripada pendapatan, satu kadar yang jarang dilakukan oleh negara lain untuk menjamin masa depan rakyatnya.Beliau turut menggelar KWSP sebagai “pemenang senyap di Asia” kerana kemampuannya memberikan pulangan stabil melalui pengurusan dana profesional tanpa memerlukan pencarum memiliki kemahiran pelaburan yang tinggi.
Dengan hanya berbekalkan disiplin dan kuasa faedah berganda selama 30 hingga 40 tahun, beliau merumuskan bahawa rakyat Malaysia mampu bersara secara realistik dengan simpanan mencecah RM500,000 hingga RM1 juta, sekali gus menjadikan hari tua lebih terjamin.
Sumber: FB Marvin Germo

Leave a Reply