Jenazah Nadia Kesuma selamat dikebumi di Tanah Perkuburan Dhahban, Jeddah

KUALA LUMPUR 19 Jan – Kementerian Luar menzahirkan penghargaan kepada semua pihak yang terbabit dalam memudahkan serta menyelaras urusan pengebumian Allahyarham Nadia Kesuma di Jeddah, Arab Saudi.

Wisma Putra dalam satu kenyataan memaklumkan, penghargaan itu ditujukan khusus kepada Kerajaan Arab Saudi, Hospital King Fahd serta agensi-agensi berkaitan yang memberi kerjasama penuh sepanjang proses berkenaan.

Menurut kenyataan itu, Allahyarham yang meninggal dunia pada Khamis lalu selamat dikebumikan di Tanah Perkuburan Dhahban, Jeddah pada jam 7.35 pagi tadi (waktu tempatan) dengan kehadiran suami serta anak perempuan mereka.

“Wisma Putra melalui Kedutaan Besar Malaysia di Riyadh dan Konsulat Jeneral Malaysia di Jeddah bekerjasama rapat dengan waris terdekat serta pihak berkuasa tempatan bagi memudahkan dan menyelaras semua urusan berkaitan pengebumian,” katanya.

Allahyarham Nadia Kesuma atau nama sebenarnya Nadiah Kasumawati Abdul Karim sebelum ini menyertai pakej Umrah-London-Paris anjuran sebuah agensi pelancongan bersama 21 jemaah lain dan berlepas dari Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA) pada jam 1.48 pagi, Selasa lalu.

🔗 Source: https://www.mediatelus.com/detail/13654

Comments

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *