Pempengaruh media sosial diwajibkan mengisytiharkan semua pendapatan, termasuk hadiah, barangan percuma dan perkhidmatan yang diterima untuk tujuan ulasan atau promosi produk, menurut garis panduan baharu dikeluarkan Lembaga Hasil Dalam Negeri (LHDN).

LHDN menjelaskan, pendapatan influencer bukan sekadar bayaran tunai, malah merangkumi baucar diskaun, servis percuma, hadiah digital, emoji, serta apa-apa manfaat lain yang mempunyai nilai wang, sama ada diterima daripada jenama, individu atau platform media sosial.Dalam masa sama, influencer dibenarkan menuntut perbelanjaan berkaitan kerja seperti kos internet, penggambaran dan penyuntingan kandungan, namun perbelanjaan peribadi atau berbentuk modal tidak dibenarkan.

Semua rekod pendapatan dan dokumen sokongan wajib disimpan selama tujuh tahun bagi tujuan audit LHDN.Sumber: Harian MetroGambar: Hiasan (A.I)

🔗 Source: https://www.facebook.com/share/182gWuzWEe/

Comments

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *