Pertunjukan fesyen papar model berihram undang kritikan ramai

Satu pertunjukan fesyen melibatkan sebuah jenama pakaian terkenal baru-baru ini mencetuskan kontroversi apabila memaparkan seorang model lelaki mengenakan pakaian ihram di atas pentas peragaan. Situasi itu menjadi lebih mencuri perhatian apabila kedengaran sorakan dan jeritan penonton, sekali gus mengundang rasa tidak senang dalam kalangan netizen.

Rakaman video daripada pertunjukan fesyen berkenaan tular di media sosial dan menerima pelbagai reaksi, khususnya daripada netizen yang beranggapan pakaian ihram tidak wajar dijadikan elemen pertunjukan fesyen.

Seorang netizen meluahkan pandangannya dengan menyatakan bahawa pakaian ihram tidak sepatutnya dicampur aduk dengan dunia fesyen serta hiburan.

“Aku tak rasa ihram patut jadi fashion show. Jual pakaian raya itu sudah memadai, tak perlu campur aduk dengan ihram sampai nampak macam jual agama untuk jual baju,” tulisnya.

Pandangan tersebut turut dikaitkan dengan kenyataan pempengaruh media sosial, Tareq Fit, yang secara terbuka mempersoalkan kewajaran penggunaan pakaian ihram dalam pertunjukan fesyen lengkap dengan catwalk dan muzik latar.

“Boleh ke pakaian ihram dijadikan bahan fashion show untuk promosi jenama? Catwalk, lagu-lagu pula sambil show? Korang dah tak rasa malu daripada Allah SWT? Demi duit kan,” tegasnya.

Rata-rata netizen di ruangan komen dilihat bersetuju dengan pandangan tersebut, walaupun mengakui tidak semestinya sependapat dengan semua pendirian pempengaruh berkenaan.

🔗 Source: https://thereporter.my/pertunjukan-fesyen-papar-model-berihram-undang-kritikan-ramai/

Comments

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *