Bomba redah api selamatkan budak 13 tahun terperangkap dalam bilik di Puchong

PUCHONG 20 Jan – Tindakan pantas bomba berjaya menyelamatkan remaja lelaki berusia 13 tahun selepas satu unit apartmen di tingkat tiga Pangsapuri Sri Pulai, di sini, terbakar, pagi ini.

Penolong Pengarah Bahagian Operasi Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Selangor, Ahmad Mukhlis Mukhtar berkata, pihaknya menerima panggilan jam 6.59 pagi dan tiba di lokasi kejadian pada 7.09 pagi.

Beliau berkata, lapan anggota dari Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Puchong dan BBP Cyberjaya dikejarkan ke lokasi.

“Sebaik tiba, bomba mendapati kebakaran membabitkan sebuah apartmen di tingkat tiga yang terbakar 80 peratus.

“Seorang remaja lelaki berjaya diselamatkan dari dalam biliknya,” katanya dalam kenyataan hari ini.

Beliau berkata, api dapat dikawal pada jam 7.33 pagi ini.

🔗 Source: https://www.mediatelus.com/detail/13667

Comments

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *