Enam tahun boleh masuk darjah 1 tahun depan

PETALING JAYA – Kerajaan menggalakkan kanak-kanak berusia enam tahun untuk memulakan persekolahan dengan memasuki darjah satu bermula tahun depan.

Perkara itu diumumkan Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim pada Majlis Peluncuran Rancangan Pendidikan Negara 2026-2035 di Putrajaya, hari ini.

Bagaimanapun, Anwar berkata, perkara itu belum diwajibkan memandangkan mungkin segelintir ibu bapa berpendapat bahawa anak-anak mereka belum bersedia.

“Kita tetapkan, (masih) boleh masuk darjah satu untuk kanak-kanak berusia tujuh tahun, tetapi kita galakkan ibu bapa yang bersedia, supaya anak-anak berusia lima tahun dimasukkan ke prasekolah.

“Jadi, sistem prasekolah itu kita minta Kementerian Pendidikan ambil alih dan selaraskan,” katanya. – KOSMO! ONLINE

🔗 Source: https://www.kosmo.com.my/2026/01/20/enam-tahun-boleh-masuk-darjah-1-tahun-depan/

Comments

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *