Seorang guru di sebuah sekolah menengah di Lahad Datu telah dipindahkan ke sekolah lain selepas didakwa bertindak menggunting tudung beberapa pelajar perempuan pada Jumaat lalu.

Tindakan drastik itu diambil sebagai langkah penyelesaian oleh Pejabat Pendidikan Daerah (PPD) selepas isu tersebut tular dan mengundang kemarahan ibu bapa.Pengarah Pendidikan Negeri Sabah, Datuk Raisin Saidin, mengesahkan guru berkenaan telah memohon maaf dan menggantikan tudung yang rosak, manakala pelajar yang terlibat kekal di sekolah asal.

Beliau turut mengingatkan para guru supaya lebih berhemah dalam menguatkuasakan peraturan sekolah dengan mengambil kira faktor emosi pelajar dan kemampuan ekonomi ibu bapa, sambil menasihati pelajar agar tetap mematuhi garis panduan pemakaian yang ditetapkan oleh KPM.

Sumber: Sinar HarianGambar Hiasan

🔗 Source: https://www.facebook.com/share/1B4d3Yui6c/

Comments

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *