Mereka mendakwa bantuan bulanan yang diterima sejak 2023 sekitar RM252 (1.05 juta rupiah) untuk individu kini tidak lagi mencukupi untuk menampung kos sara hidup yang semakin meningkat, termasuk bayaran sewa rumah dan rawatan perubatan.Selain sokongan kewangan, kumpulan ini turut mendesak akses yang lebih baik kepada pendidikan untuk anak-anak serta tempat tinggal yang lebih layak.Jurucakap mereka, Nuramin, menyatakan rasa tidak puas hati terhadap pengurangan jumlah bantuan dan mendakwa wujud perbezaan layanan berbanding pelarian dari negara lain, sambil berharap pihak berkuasa memberikan perhatian segera demi kelangsungan hidup mereka yang lebih bermaruah.Sumber: Sinar HarianGambar: Serambi News
Hampir 100 warga Rohingya di Pekanbaru, Indonesia, mengadakan demonstrasi secara aman di hadapan pejabat Pertubuhan Antarabangsa bagi Migran (IOM) bagi menuntut bantuan kewangan yang lebih tinggi.

Leave a Reply