Isu “kreativiti” peniaga air balang kembali mencetuskan perdebatan hangat di media sosial selepas tular video seorang peniaga menjual air berperisa yang digabungkan dengan pelbagai topping berat.

Walaupun dijual pada harga serendah RM6 untuk saiz cawan besar, menu tersebut yang menggabungkan coklat pekat, parutan keju, serbuk biskut, aiskrim, dan buah-buahan telah menerima kritikan hebat daripada netizen yang bimbang akan kesan buruknya terhadap kesihatan.Rata-rata warga maya menyifatkan minuman tersebut sebagai “bom gula” yang boleh mengundang penyakit kronik seperti kencing manis dan kerosakan buah pinggang.

Walaupun peniaga mendakwa cecair coklat yang digunakan tidak manis, penggunaan pelbagai bahan tambahan secara percuma itu dianggap melampau, sehingga ada yang menyindir bahawa kos rawatan di hospital jauh lebih mahal berbanding harga secawan air tersebut.Sumber: X @ facktura, Tiktok @ nazmifarise

🔗 Source: https://www.facebook.com/share/1C73yBWQYr/

Comments

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *