Ketegangan perdagangan antara Kesatuan Eropah (EU) dan Amerika Syarikat kini memasuki fasa kritikal selepas EU merancang untuk mengaktifkan Instrumen Anti-Paksaan (ACI) atau lebih dikenali sebagai ‘big bazooka’.

Langkah drastik ini diambil sebagai tindak balas terhadap ugutan tarif Presiden Donald Trump yang menyasarkan lapan negara Eropah ekoran isu pemilikan Greenland.Jika Trump meneruskan ancamannya, EU bersedia mengenakan tarif balas bernilai 93 bilion euro (kira-kira RM438 bilion) yang akan menyasarkan sektor automotif, pembuatan mesin, serta produk pertanian AS.

Walaupun sidang kemuncak tergempar dijadualkan berlangsung Khamis ini, pemimpin Eropah seperti Emmanuel Macron dan António Costa menegaskan bahawa blok tersebut tidak akan teragak-agak untuk menggunakan kuasa ekonomi punitif bagi mempertahankan kedaulatan mereka daripada sebarang bentuk paksaan luar.Sumber: Utusan

🔗 Source: https://www.facebook.com/share/1Fa45DTunf/

Comments

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *