Berdasarkan siasatan awal task force khas, pencemaran ini dikaitkan dengan aktiviti perlombongan serta pembukaan tanah di kawasan Hulu Perak yang sememangnya kaya dengan kandungan mineral tinggi.Bagi memastikan keselamatan penduduk, pasukan petugas yang terdiri daripada pelbagai agensi teknikal (termasuk JAS, JMG, dan Jabatan Kimia) telah melakukan pensampelan air untuk analisis makmal yang lebih mendalam.
Sebagai langkah jangka panjang, NRES akan memperketatkan SOP perlombongan dan syarat kelulusan Penilaian Kesan Alam Sekitar (EIA) bagi mengelakkan kejadian serupa berulang.Sumber: Berita Harian

Leave a Reply