‘Tolong cari lelaki ini’ – Wanita dakwa dicabul dalam bas

Seorang wanita mendakwa adik perempuannya menjadi mangsa gangguan seksual oleh seorang lelaki tidak dikenali ketika menaiki bas dari Simpang Pulai menuju ke Butterworth awal pagi tadi.

Difahamkan, adik perempuannya sedang dalam perjalanan dari Pekan, Pahang ke universiti ketika kejadian berlaku kira-kira jam 5 pagi.

Menerusi perkongsian di media sosial, Hazirah berkata ketika kejadian itu berlaku kebanyakan penumpang lain sedang tidur. Dalam situasi tersebut, lelaki terbabit didakwa mengambil kesempatan dengan mencabul mangsa tanpa disedari penumpang lain.

🔗 Source: https://thereporter.my/wanita-dakwa-dicabul-dalam-bas/

Comments

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *