Tiga individu termasuk dua pegawai Jabatan Imigresen Malaysia ditahan kerana disyaki terlibat sindiket penyalahgunaan permohonan Pasport Malaysia secara dalam talian, dengan bayaran sehingga RM12,000 setiap naskhah.

Menurut Ketua Pengarah JIM, Zakaria Shaaban, sindiket mempromosikan perkhidmatan kepada rakyat Malaysia di luar negara melalui media sosial tanpa mematuhi prosedur sah, termasuk memalsukan perakuan.Siasatan awal mendapati pasport yang siap dipos ke luar negara melalui ejen, manakala operasi khas di Johor dan Sabah turut merampas pasport serta dokumen berkaitan untuk siasatan lanjut.Sumber: Harian Metro

🔗 Source: https://www.facebook.com/share/1AUPg1w39h/

Comments

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *