‘Kami diam bertahun’ – Isu Balqis–Mia Sara meledak di media sosial

Isu melibatkan pelakon muda, Puteri Balqis dan Mia Sara Nasuha, kembali mencetuskan perhatian apabila Balqis tampil membuat beberapa dakwaan terbuka di media sosial yang menyentuh soal maruah keluarga, pengalaman silam dibuli serta perbezaan antara imej peribadi dan paparan di khalayak.

Luahan berkenaan mencetuskan perdebatan hangat dalam kalangan netizen, sementara pihak pengurusan Mia Sara pula memilih untuk tidak memberi sebarang komen buat masa ini dan menunggu masa sesuai sebelum mengeluarkan kenyataan rasmi.

Menerusi beberapa hantaran di Instagram Story, Puteri Balqis atau Aqish mendakwa dirinya pernah menjadi mangsa buli ketika masih kecil, termasuk di set penggambaran.

Menurut Aqish, dia dipandang rendah kerana dianggap “budak” dan tidak cukup terkenal, malah diketawakan dari segi penampilan, solekan serta pakaian yang disediakan ibunya.

“Saya dibuli di set shooting oleh yang menganggap mereka hanya ‘budak’. Tak ada siapa percaya saya dibuli waktu itu. Saya diketawakan, mekap saya, baju yang ibu saya beli pun diketawakan,” tulisnya.

Aqish turut mendakwa keadaan itu menyebabkan dia dan keluarganya memilih untuk berdiam diri bertahun-tahun lamanya, walaupun menanggung tekanan emosi.

“Bertahun saya mengharapkan ada yang tahu apa yang saya kena. Bila kami cakap, kami dikatakan suka cari gaduh. Over. Jadi kami diam,” luahnya lagi.

🔗 Source: https://thereporter.my/isu-balqis-mia-sara-meledak-media-sosial/

Comments

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *