‘Kanak-kanak lima tahun wajib ikuti Prasekolah’ -TPM

Jemaah Menteri memutuskan bahawa kanak-kanak berusia lima tahun diwajibkan mengikuti pendidikan prasekolah yang diselaraskan sepenuhnya di bawah Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM).

Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi berkata, keputusan itu dibuat dalam Mesyuarat Kabinet pada Jumaat lalu bagi memastikan kesinambungan sistem pendidikan awal kanak-kanak di negara ini.

Menurut beliau, kanak-kanak berumur lima tahun akan mengikuti kelas prasekolah di sekolah kebangsaan serta institusi di bawah KPM, manakala kanak-kanak berusia tiga hingga empat tahun akan terus disantuni oleh Jabatan Kemajuan Masyarakat (Kemas) melalui Tabika dan Tadika, selain prasekolah perpaduan serta Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM).

“Penyelarasan ini bertujuan memastikan kesinambungan silibus antara tadika dan prasekolah, khususnya bagi murid berusia lima tahun,” katanya.

Dalam pada itu, Ahmad Zahid memaklumkan Kemas akan meneruskan kelas sedia ada mengikut kurikulum semasa, dengan penambahbaikan dilakukan bagi menyelaraskan kandungan pembelajaran dengan sistem prasekolah di sekolah kebangsaan.

Beliau menambah, Pelan Pendidikan Malaysia kini disesuaikan dengan keadaan semasa bagi memastikan murid berumur enam tahun bersedia memasuki Darjah Satu. Persiapan ini termasuk pengenalan sistem feeder classes bagi pelajar prasekolah, bagi melancarkan peralihan ke pendidikan rendah.

🔗 Source: https://thereporter.my/kanak-kanak-lima-tahun-wajib-ikuti-prasekolah-tpm/

Comments

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *