Ketua Pegawai Eksekutif Perbadanan Bekalan Air Pulau Pinang Sdn Bhd (PBAPP), Datuk K.
Pathmanathan berkata, peringatan itu dikeluarkan susulan kerja penyambungan akhir Saluran Paip Menyeberangi Sungai Perai kedua (SP-RCP ke-2) melibatkan paip utama berdiameter 900 milimeter dari Loji Rawatan Air Sungai Dua.Beliau menjelaskan, PBAPP tidak merancang gangguan bekalan berjadual kerana kerja akan menggunakan teknologi “hot tapping” dan “line stopping” yang membolehkan penyambungan dibuat tanpa menutup aliran air.
Namun, memandangkan ini kali pertama teknologi tersebut digunakan bagi paip bersaiz besar di Pulau Pinang, pengguna dinasihatkan bersedia sekiranya berlaku perkara tidak dijangka.Sumber: PBAPP / Kosmo! Online

Leave a Reply