Paparan graf menunjukkan AS$1 diniagakan sekitar RM3.9695 pada awal dagangan Isnin.Berdasarkan graf jangka panjang, paras semasa ini menghampiri tahap yang pernah dicatatkan pada beberapa tahun lalu, sekali gus menandakan ringgit berada hampir kepada paras terkuatnya dalam tempoh tersebut.
Trend penurunan USD/MYR yang berterusan kebelakangan ini turut mencerminkan sentimen pasaran yang semakin memihak kepada mata wang tempatan.Prestasi ringgit ini turut dikaitkan dengan ketidaktentuan politik dan ekonomi di Amerika Syarikat, termasuk kenyataan serta tindakan kontroversi Presiden Donald Trump yang mencetuskan kebimbangan geopolitik melibatkan Kesatuan Eropah dan Kanada, sekali gus memberi tekanan kepada dolar AS di peringkat global.Sumber: Google Finance

Leave a Reply