Ahli Parlimen Gerik, Fathul Huzir Ayob berkata, tindakan itu bertujuan memastikan kedaulatan negara serta pematuhan Perlembagaan, termasuk persoalan sama ada perjanjian tersebut dirujuk kepada Parlimen, Yang di-Pertuan Agong dan Majlis Raja-Raja sebelum dimeterai.Sementara itu, Kementerian Pelaburan, Perdagangan dan Industri menegaskan ART tidak menjejaskan kedaulatan ekonomi negara, tidak melangkaui undang-undang domestik, serta tidak mengikat Malaysia kepada sebarang komitmen pelaburan atau perdagangan secara paksa.Sumber: Utusan OnlineGambar: Pejabat Perdana Menteri / FB Anwar Ibrahim
Empat ahli Parlimen Perikatan Nasional (PN) memfailkan saman pemula terhadap Perdana Menteri, Anwar Ibrahim dan kerajaan Persekutuan berhubung Perjanjian Perdagangan Timbal Balas (ART) antara Malaysia dan Amerika Syarikat.

Leave a Reply