Pendakwah bebas, Firdaus Wong, menerusi hantaran Facebook hari ini menyuarakan pandangan berbeza dan menegaskan isu berkenaan tidak perlu dihuraikan panjang.“Tak perlulah tulis berjela panjang.
Mudah sahaja isu ini.
Tak nak dilabel rumah ibadat haram, jangan buat kerja haram,” katanya.Beliau turut mempersoalkan isu pencerobohan tanah, sambil mempertikaikan sikap pihak tertentu apabila berlaku pelanggaran undang-undang.“Masa tanah orang lain kena ceroboh, kamu sembunyi mana? Tindakan curi dan ceroboh tanah orang itu tindakan suci lagi menyucikan dan murni ke?” katanya lagi.Sebelum ini, Exco Sumber Manusia dan Pembasmian Kemiskinan Selangor, Papparaidu Veraman, mengingatkan bahawa penggunaan istilah berunsur menghukum seperti ‘kuil haram’ tidak wajar kerana bersifat tidak sensitif dan berpotensi menjejaskan keharmonian masyarakat majmuk.Sumber: FB Firdaus Wong

Leave a Reply