Ahli Parlimen Sabak Bernam, Kalam Salan membangkitkan isu bau busuk yang sering dikaitkan dengan kandang babi, sambil menegaskan bahawa punca sebenar masalah itu adalah kelemahan pengurusan kandang, bukan haiwan berkenaan.

Dalam perbahasan di Dewan Rakyat, beliau turut menyentuh soal sensitiviti agama dengan menyatakan bahawa sebagai rakyat Malaysia, perasaan ingin mencuba itu mungkin wujud, namun agama tetap menjadi batas yang tidak boleh dilanggar.Kenyataan tersebut mencetuskan pelbagai reaksi netizen, dengan ada yang menyokong penjelasan beliau tentang isu pengurusan, manakala sebahagian lain mempersoalkan gaya penyampaian dan konteks kenyataan yang dibuat.Sumber: Awani

🔗 Source: https://www.facebook.com/share/1KMYKCqMFe/

Comments

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *