Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama), Dr.

Zulkifli Hasan, menyatakan bahawa tekanan kerja merupakan salah satu faktor yang mungkin mendorong individu terjebak dalam komuniti LGBT.

Memetik kajian tahun 2017 (Sulaiman et al.), beliau menjelaskan bahawa selain tekanan kerja, faktor lain seperti pengaruh sosial, pengalaman seksual terdahulu, dan faktor peribadi turut menyumbang kepada perkembangan tingkah laku tersebut.Jawapan bertulis ini diberikan bagi menjawab soalan daripada Datuk Siti Zailah Mohd Yusoff mengenai trend dan statistik LGBT di Malaysia.

Walau bagaimanapun, Dr.

Zulkifli memaklumkan bahawa buat masa ini, pihak kerajaan tidak mempunyai statistik rasmi mengenai jumlah populasi LGBT mengikut pecahan etnik atau kumpulan umur di negara ini.

Sumber: Harian Metro Gambar: FB YB Senator Dr.

Zulkifli Hasan

🔗 Source: https://www.facebook.com/share/1Esmfy7B3T/

Comments

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *