10 tahun bersama Sinar, Jep Sepahtu umum undur diri

Selepas 10 tahun menjadi penyampai radio di SINAR, pelawak dan penyampai radio, Jep Sepahtu, akhirnya mengumumkan pengundurannya. Dalam kenyataan penuh emosi itu, Jep mengambil kesempatan mengucapkan terima kasih kepada pendengar setia yang sentiasa menyokongnya sepanjang dekad ini.

“Ketika saya di Sepahtu reunion, SINAR, 10 tahun punya tempoh itu, kat situlah terujinya kesetiaan itu. Kadang-kadang sokongan itu kita dapat, dia tak long lasting kan. Tapi 10 tahun ini memang satu tempoh yang sangat panjang.

“Orang yang patut saya utamakan adalah pendengar yang setia. Sepanjang 10 tahun ini, sokongan mereka memang sangat bermakna dan saya sangat bersyukur,” kata Jep.

Namun, apa yang paling mencuri perhatian ramai adalah apabila Jep menyebut nama Shuib sebagai salah seorang partnernya ketika di SINAR. Ramai terkejut kerana sebelum ini hubungan Jep dan Shuib dilihat agak tegang dan kurang mesra di mata umum.

A post shared by Jep Sepahtu (@jepsepahtu)

Selain Shuib, Jep turut mengucapkan terima kasih kepada semua rakan radio lain seperti Angah, Elizad dan Ray atas kerjasama mereka sepanjang tempoh itu.

Jep bagaimanapun menegaskan bahawa semua gurauan, kata-kata kasar atau perbezaan yang berlaku hanyalah sebahagian daripada urusan kerja dan untuk mengekalkan chemistry dalam pasukan.

“Jadi kepada partner-partner yang pernah berurusan dengan saya, terima kasih banyak. Semoga terus sukses. Terima kasih dalam tempoh 10 tahun kita bekerja itu. Mungkin ada gurauan-gurauan ataupun kata-kata yang mungkin tak sedap didengar. Ada terkasar bahasa, tapi percayalah dan saya tahu juga dan korang yakin juga yang itu adalah cuma urusan kerja,” katanya.

🔗 Source: https://thereporter.my/10-tahun-bersama-sinar-jep-sepahtu-umum-undur-diri/

Comments

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *