Bermula 1 Februari 2026, JPJ secara rasmi menghentikan pengeluaran slip cukai jalan fizikal bagi kenderaan persendirian warganegara Malaysia.

Selepas tarikh tersebut, semua urusan berkaitan cukai jalan akan beralih sepenuhnya ke sistem digital selaras dengan langkah pendigitalan perkhidmatan awam.Bagi pemilik yang masih mahukan slip bercetak sebagai simpanan, anda perlu memperbaharui cukai jalan di pejabat pos sebelum 1 Februari ini.

Selepas tempoh tersebut, tiada lagi slip fizikal akan dikeluarkan dan semua rekod hanya akan tersedia secara atas talian.Kini, pengguna boleh menyemak dan memaparkan cukai jalan secara digital dengan mudah melalui aplikasi MyJPJ.

Anda hanya perlu mengakses bahagian profil dalam aplikasi untuk menunjukkan bukti cukai jalan yang sah kepada pihak berkuasa jika perlu.Sumber: FB Pos Malaysia BerhadGambar: Agensi Bersatu Padu

🔗 Source: https://www.facebook.com/share/183Q6PzH67/

Comments

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *