Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) kini memperketatkan kawalan dan saringan kesihatan di semua pintu masuk antarabangsa susulan laporan wabak virus Nipah di Bengal Barat, India.

Fokus utama adalah kepada pengembara dari negara berisiko bagi memastikan pengesanan awal dapat dilakukan sebelum virus tersebut masuk ke sempadan kita.Selain memperkukuh kapasiti makmal dan fasiliti kesihatan, KKM turut bekerjasama dengan Jabatan Veterinar serta PERHILITAN melalui pendekatan One Health untuk memantau haiwan liar dan domestik.

Walaupun tiada kes dikesan di Malaysia sejak 1999, orang awam diingatkan supaya sentiasa menjaga kebersihan diri dan mengelakkan sentuhan dengan haiwan yang sakit, memandangkan kadar kematian virus ini sangat tinggi iaitu antara 40% hingga 75%.Sumber: Bernama

🔗 Source: https://www.facebook.com/share/1BoGiUg37h/

Comments

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *