Melalui Ops Tunggak Kenderaan Thailand yang bermula 16 Januari lalu, sebanyak 80 buah van Thailand telah disita atas pelbagai kesalahan termasuk tiada Permit Edaran Antarabangsa (ICP) dan lesen memandu.Pengarah Kanan Penguat Kuasa JPJ, Datuk Muhammad Kifli Ma Hassan, menegaskan kenderaan yang disita tidak akan dilepaskan sehingga semua tunggakan saman dijelaskan.
Secara keseluruhan, JPJ berjaya mengutip hasil saman kenderaan Thailand sebanyak RM5.59 juta bagi tempoh 2023 hingga 2025, dengan rekod kes tertinggi dicatatkan di negeri Kedah dan Kelantan.Sumber: Sinar HarianGambar: Berita Harian

Leave a Reply