Kos bina bilik darjah melonjak hingga RM520,000 dalam tempoh lima tahun – Fadhlina

Anggaran kos purata per bilik darjah dalam projek pembinaan sekolah baharu kini mencecah sehingga RM520,000, hampir sekali ganda berbanding tempoh lima tahun sebelumnya, namun angka tersebut bukan merujuk kepada kos membina satu bilik darjah secara berasingan.

Menteri Pendidikan, Fadhlina Sidek, berkata bagi tempoh 2016 hingga 2020, kos purata per bilik darjah dianggarkan antara RM180,000 hingga RM250,000, manakala bagi tempoh 2021 hingga 2026, julat kos meningkat kepada sekitar RM280,000 hingga RM520,000.

Menurut beliau, anggaran tersebut diperoleh daripada analisis dokumen As Tendered Detailed Abstract (ATDA) Jabatan Kerja Raya (JKR) bagi tempoh 10 tahun lalu, yang melibatkan kos pembinaan blok bangunan merangkumi bilik darjah, tangga, koridor dan tandas sebelum jumlah keseluruhan itu diagihkan mengikut bilangan bilik darjah dalam sesuatu projek.

🔗 Source: https://thereporter.my/kos-bina-bilik-darjah-rm520000-lima-tahun/

Comments

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *