PAS berpendirian jawatan tersebut perlu dikekalkan mengikut Perlembagaan PN dan Majlis Presiden sepatutnya berfungsi sebagai badan penasihat serta pengawal selia hala tuju parti.Kenyataan ini hadir sebagai maklum balas terhadap cadangan Muhyiddin untuk menstruktur semula PN melalui penubuhan Majlis Presiden dan Majlis Eksekutif.
Walaupun PAS menyambut baik komitmen memperkukuh gabungan, Abdul Hadi menekankan bahawa sebarang pindaan berkaitan bidang kuasa perlu diteliti semula oleh jawatankuasa teknikal bersama bagi memastikan ia selaras dengan perlembagaan parti.Sumber: Berita HarianGambar: FB Abdul Hadi Awang

Leave a Reply