Tertuduh, Mohd Rahmat Mat Yusoff, 47, mengaku tidak bersalah selepas semua pertuduhan dibacakan di hadapan Hakim Rosli Ahmad.
Mengikut pertuduhan, beliau yang bertugas sebagai Pegawai Imigresen Gred KP22 didakwa menerima wang melalui pemindahan dalam talian bagi membantu melepaskan warga asing di KLIA Terminal 1 dan Terminal 2, selain gagal melaporkan suapan itu kepada pihak berkuasa.Kesemua perbuatan itu didakwa berlaku antara 28 Jun hingga 16 Ogos 2024 di sebuah bank di Putrajaya.
Mahkamah membenarkan tertuduh diikat jamin RM10,000 dengan seorang penjamin serta syarat tambahan termasuk menyerahkan pasport dan tidak mengganggu saksi pendakwaan.Sumber: Buletin TV3Gambar: Kosmo! Online

Leave a Reply