SPRM tahan dua pegawai tertinggi JAS disyaki terlibat kes e-waste

KUALA LUMPUR 29 Jan โ€“ Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) menahan Ketua Pengarah serta Timbalan Ketua Pengarah Jabatan Alam Sekitar (JAS) bagi membantu siasatan berhubung kes berkaitan pengurusan sisa elektronik (e-waste).

Menurut sumber, kedua-dua pegawai kanan itu ditahan kira-kira jam 6.30 petang selepas hadir memberi keterangan di Ibu Pejabat SPRM di Putrajaya.

โ€œSiasatan memberi tumpuan kepada dakwaan salah guna kuasa dan perbuatan rasuah berkaitan pengurusan e-waste yang dipercayai berlaku sejak beberapa tahun kebelakangan ini,โ€ kata sumber itu.

Sementara itu, Ketua Pesuruhjaya SPRM, Tan Sri Azam Baki mengesahkan penahanan berkenaan dan memaklumkan siasatan dijalankan secara menyeluruh serta profesional mengikut peruntukan undang-undang yang berkuat kuasa.

Beliau menegaskan SPRM tidak akan berkompromi dengan mana-mana individu yang terlibat dalam perbuatan rasuah tanpa mengira kedudukan atau jawatan.

Kes disiasat mengikut Akta SPRM 2009 dan perkembangan lanjut akan dimaklumkan dari semasa ke semasa.

๐Ÿ”— Source: https://www.mediatelus.com/detail/13876

Comments

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *