Menteri Pendidikan, Fadhlina Sidek memaklumkan sehingga akhir sesi akademik 2025/2026, seramai 2.18 juta atau kira-kira 97 peratus murid Tahun 2 hingga Tahun 6 telah berjaya menguasai kemahiran asas 3M, hasil pelaksanaan intervensi berperingkat dan sokongan berterusan di peringkat sekolah.Bagi murid Tahun 1 pula, Program Intervensi yang dilaksanakan menunjukkan hampir 89 peratus daripada keseluruhan murid telah menguasai kemahiran asas tersebut setakat November lalu, mencerminkan keberkesanan pendekatan pengesanan awal dan bimbingan berfokus yang dilaksanakan KPM.Sumber: Malaysia GazetteGambar: FB Fadhlina Sidek
Kementerian Pendidikan Malaysia merekodkan pencapaian ketara dalam usaha memastikan murid sekolah rendah menguasai kemahiran asas membaca, menulis dan mengira (3M), dengan majoriti besar murid kini mencapai tahap penguasaan ditetapkan.

Leave a Reply