Selebriti cantik berjubah tetapi tunggang agama?

SIAPA sangka watak penunggang agama tidak hanya mampu dipegang pelakon lelaki, drama terbaharu Di Sebalik Jubah membuktikan keadaan tersebut.

Drama terbitan TonTon tersebut mengisahkan dua beradik, Layla lakonan Azira Shafina dan Amina (Daiyan Trisha) yang merupakan pempengaruh islamik. Mereka dipuja ramai serta dikenali sebagai simbol kebaikan dan kemurahan hati.

Dengan imej berjubah dan aura wanita lindungan Kaabah, mereka mengetuai sebuah yayasan kebajikan yang berjaya meraih kepercayaan ramai, sekali gus menggerakkan ribuan pengikut menderma melalui setiap kempen yang dijalankan.

Namun di sebalik kejayaan kutipan dana yang besar, timbul persoalan apabila sebahagian sumbangan tidak disalurkan kepada golongan sasaran, sebaliknya digunakan untuk kepentingan peribadi.

Lakonan Daiyan dan Azira meraih pujian kerana berjaya membuatkan penonton geram selain berpendapat jalan cerita memaparkan isu semasa yang jarang dipaparkan kepada umum.

🔗 Source: https://www.kosmo.com.my/2026/01/31/selebriti-cantik-berjubah-tetapi-tunggang-agama/

Comments

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *