Seorang kanak-kanak lelaki berusia empat tahun, Pipo, ditemui hidup dengan kecederaan parah selepas ditinggalkan di sebuah hutan di wilayah Lop Buri, Thailand.

Mangsa dipercayai didera oleh Armin, 31, yang merupakan teman lelaki neneknya, sebelum suspek membuang mangsa ke kawasan hutan kerana menyangka kanak-kanak itu telah meninggal dunia.Taktik suspek yang cuba mengaitkan kehilangan mangsa dengan penculikan trak pikap hitam terbongkar menerusi rakaman CCTV.

Armin akhirnya mengaku memukul dan menghentak kepala mangsa pada kenderaan kerana berasa marah apabila kanak-kanak itu menangis selepas terjatuh dari motosikal.

Suspek kini ditahan dan berhadapan dengan tuduhan cubaan membunuh, manakala mangsa sedang menerima rawatan kecemasan di hospital.

Sumber: Sinar HarianGambar Hiasan

🔗 Source: https://www.facebook.com/share/1DrpwS1UWE/

Comments

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *