Ketua Setiausaha Negara (KSN), Tan Sri Shamsul Azri Abu Bakar, menegaskan bahawa Perkhidmatan Awam tidak akan berkompromi terhadap mana-mana penjawat awam yang terlibat dalam isu rasuah dan salah guna kuasa.

Amaran ini dikeluarkan susulan penahanan seorang Ketua Pengarah dan Timbalan Ketua Pengarah sebuah jabatan kerajaan oleh SPRM bagi membantu siasatan berkaitan pengurusan sisa elektronik (e-waste).Beliau memberi jaminan bahawa kerjasama penuh akan diberikan kepada pihak berkuasa bagi memastikan siasatan dijalankan secara telus selaras dengan prinsip Malaysia MADANI.

KSN turut mengingatkan bahawa integriti adalah teras utama untuk mengekalkan kredibiliti institusi negara serta mengurangkan ketirisan hasil negara daripada terus dicemari perilaku negatif segelintir pihak.Sumber: Harian MetroGambar: FB Shamsul Azri Bin Abu Bakar

🔗 Source: https://www.facebook.com/share/16xq9du5Lt/

Comments

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *